PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMK JITRA 1990/94
d/a Cik Rafiza Binti Ashaari, No. 11, Taman Seri Kemuning,
06000 Jitra , Kedah Darul Aman.

    [ click here for Products/Services ][ click here for Contact ]  
•  Welcome
  Persatuan Bekas Pelajar SMK Jitra Sidang 1990/1994 ditubuhkan pada Disember, 2003. Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk mempertemukan semula bekas pelajar dan juga merapatkan kembali silaturahim yang telah lama terputus. Di samping itu, bekas pelajar juga berpeluang dan berkesempatan berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta mengembangkan bakat dan potensi kerjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi sesama guru dan pelajar.

  Matlamat persatuan adalah membantu SMK Jitra melahirkan para pelajar yang dapat menjadi insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan kemahiran masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam pelbagai bidang yang diceburi kelak. Persatuan ini diharapkan dapat membantu para guru dan para pelajar SMK Jitra dalam usaha merancang dan melaksanakan program pada masa akan datang.



This site is best viewed in Internet Explorer 4.0 & Netscape 6.0 and above.
Recommended viewing at 800x600 resolution full screen.
© Copyright 2004, PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMK JITRA 1990/94. All rights reserved.