|
|
 |
| Welcome |
 |
Restoran Swiss Land ditubuhkan pada 28 April 2001. Pada asalnya ia berkonsepkan makanan barat tetapi setelah setengah tahun ia beroperasi, pihak pentadbiran telah mengubahsuai dan telah menambah jenis makanannya kepada masakan Asia dan tempatan.
Selaras dengan restoran masa sekarang, Resoran Swiss Land Alor Setar & Sungai Petani memberi peluang kepada pelanggannya untuk menjamu selera di luar pinggir kedai dan dalam kedai. Di Sungai Petani pula Restoran Swiss Land berhawa dingin. Kedua-dua restoran ini boleh memuatkan antara 100-180 orang pada satu masa. Apa yang lebih mengkagumkan ialah di Restoran Alor Setar, tingkat atasnya boleh diubahsuai menjadi bilik mengadakan upacara atau majlis dengan sajian buffet.
Salah satu keistimewaan yang terdapat pada kedua-dua restoran ini ialah minuman gelas 'besar'nya, yang tidak boleh didapati di tempat lain. |
|

|
|
|

|
|
Nama Restoran
Asal nama restoran ini pada mulanya, ia adalah rangkaian Restoran Makanan Barat. Pemilik atau yang punya restoran dengan nama Swiss ini, beliau telah mendapat pengalamannya di Negara Switzerland beberapa tahun lalu. Sekembalinya ke negara asal, beliau telahpun memulakan kerjayanya dengan Restoran Ala Barat dengan nama 'Swiss'.
Pada mulanya Restoran Swiss Land Alor Setar dan Sg. Petani adalah mirip 'francise' tetapi setelah kontraknya tamat, pihak pentadbiran terus memperjuangkan namanya dan telah menambah pilihan makanan serta minuman. Warna merah putih yang dipilih pula mewakili bendera Negara Switzerland. Selain itu bagi mereka yang sering mengunjungi restoran Swiss ini, sangat mudah bagi mereka untuk mengenali dan memberitahu rakan mereka kerana namanya 'merah putih'.
Pihak pentadbir Swiss Land Restoran akan sentiasa menjaga tetamunya dan juga akan mengikut kehendak pelanggan dari masa ke semasa.
Konsep Restoran
Untuk memenuhi kehendak dan juga selera para tetamu serta pelanggan masa kini, Restoran Swiss sentiasa menambah kepelbagaian makanan serta minumannya dari 'Western' hinggalah 'Asia'. Setiap satu makanan dan minuman dijual dengan harga yang berpatutan walaupun ia berupa satu restoran yang agak cantik.
|
|
|
|
 |