|
|
 |
| Products & Services |
 |
Hiasan Dalaman
Ciri-ciri restoran ini tidak meniru restoran yang lain. Tempat duduk, meja makan kesemuanya adalah idea sendiri di mana kami cuba memberi pelanggan seberapa selesa mungkin dan peralatannya pula dikekalkan pada tahap yang paling 'simple'. Orang tidak akan berasa takut apabila mengunjungi restoran ini sebab tanggapan pelanggan adalah berbeza sekiranya Restoran Swiss dihiasi dengan kerusi dan meja yang mahal.
Rekabentuknya adalah yang terbaru dan ia cuba menyingkap situasi ala barat dan asia.
Motto utama Swiss Land Restoran ialah 'Kepuasan Pelanggan Adalah Matlamat Utama Kami'.
Kelainan Makanan
Makanan yang dihidangkan adalah mengikut citarasa semua lapisan masyarakat. Resepi dan adunan bahan utama dalam setiap makanan adalah yang tersendiri dan berbeza dengan restoran lain.
Kami menyediakan makanan barat yang meliputi 'salad', 'soup', ayam, daging, lembu, kambing, rusa, ikan, pelbagai makanan ringan seperti kepak ayam goreng, 'nugget' ikan, sosej dan kentang serta bawang goreng. Kesemuanya dimasak dengan cara yang berlainan dan sosnya terdiri daripada pelbagai jenis iaitu 'black pepper', 'mushroom', 'garlic', tomato, cili dan lain-lain. Kami juga mermbuat promosi yang berlainan dari masa ke semasa (bulanan).
|
|

|
|
|

|
|
Pengurus
Penguru Restoran Swiss Land Alor Setar ialah En. Khor Boon Theng. Beliau berusia 42 tahun berasal dan menetap di Alor Setar. Beliau bekerja di beberapa buah hotel tanahair sebelum ini, pernah berniaga dan merupakan seorang yang gigih dalam kerjayanya.
Di. Sungai Petani pula, pengurusnya ialah En. Lim Wye Leong yang berusia 32 tahun dan beliau berasal dari Sungai Petani. Beliau bertanggungjawab atas segala promosi dengan kerjasama En. Khor.
Pemilik tunggal kedua-dua restoran ini ialah seorang yang berdedikasi dan masih muda. Belia walaupun tidak mempunyai banyak pengalaman tetapi cita-cita serta tanggungjawabnya sangat tinggi justeru mendorong beliau untuk mengendalikan Restoran Swiss Land ini. Beliau ialah En. Yong Kok Boon.
Kakitangan
Kakitangan Restoran di Alor Setar adalah seramai 18 orang termasuk pekerja sambilan. Di Sg. Petani pula, kakitangannya terdiri seramai 17 orang. Tukang masak di kedua-dua tempat berpengalaman dan latihan diberi kepada mereka yang kurang mahir. Kakitangan di kedua-dua tempat ini sering bertukar ganti untuk mereka meluaskan pengalaman. |
|
|
|
 |